Bila sampai hospital, doc scan n bagi tau, x der heartbeat. Aku punya sedih tuhan saja yang tahu. Husband aku pun memang sudah mengalirkan air mata. Kalau diikutkan hati waktu tu, ingin saja aku menukar nyawa ku dengan nyawanya. Anak, satu pemberian yang berharga dari Tuhan yang maha hebat. Satu sebab mengapa seorang insan bergelar ibu sanggup berkorban nyawa.
But, Alhamdulillah, Allah masih mengkehendaki aku menyanyangi anak ku ini, sekarang aku sudah mengandung 33 minggu. Walaupun mengalami banyak masalah sewaktu mengandung, namun, aku tetap tabah demi melahirkan anak aku ni ke dunia. Hanya berharap agar aku dapat melahirkan dia tanpa sebarang masalah dan dia sentiasa dalam keadaan sihat. Setiap kali dia menendang, aku rasakan suatu perasaan yang indah yang tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Tak sabar aku ingin menjadi seorang ibu.
ooh..ko bace blog kak umi ek? cube ko bace blog viruspadu..mesti ko lagi sedih bace..citer pasal anak sulung die
ReplyDeleteTeringat bila seorang ibu melahirkan anak, sebaik sahaja anak dilahirkan, semua ahli keluarga menyambutnya dengan gembira dan ketawa,manakala bayi menangis sekuat kudrat yang ada, kekadang sehingga terlupa akan kesakitan ibu, agaknya bayi itu sahaja merasai dan terhidu perasaan ibunya yang sedang sakit......... ada banyak lagi yang nak dicerita, tapi ........fikirlah sendiri.
ReplyDeleteIbu sebenarnya orangnya gagah, kuat dan perkasa. Allah memberi keistimewaan kepada mereka, Sabar tiada tandingannya, dalam hal ini lelaki kalah sebelum bertanding.
Semoga anda dan semua ibu dan bakal ibu sihat walafiat.
Wassalam.