Friday, August 7, 2009

Komunis



Tadi sewaktu di makmal, seorang sahabat bercerita mengenai perjalanannya ke Plaza Angsana, melihat Pameran Kemerdekaan yang didadakan di sana. Pada kawasan pameran tersebut, terdapat gambar-gambar sebelum, sewaktu dan selepas kemerdekaan yang negera kita kecapi pada 1951 yang lalu. Juga, terdapat gambar-gambar mengenai komunis dan apa yang komunis telah lakukan terhadap penduduk negara kita sewaktu mereka masih bermaharajalela. Namun yang menarik perhatian saya ialah cerita beliau mengenai ada seorang kakak yang turut melihat gambar-gambar tersebut.

Kakak tersebut menceritakan yang dia mempunyai seorang makcik. Kisah makciknya sungguh menyayat hati. Kakak tersebut menceritakan sewaktu zaman komunis bermaharajalela, makcik beliau masih bayi (baru beberapa bulan dilahirkan). Pada suatu masa, komunis datang ke kampungnya dan memaksa semua penduduk kampung masuk komunis sesiapa yang enggan akan dibunuh. Keluarga makcik kakak tersebut enggan dan semuanya dibinuh kecuali makcik kakak tersebut. Ibunya dibunuh ketika masih menyusukannya. Setelah itu komunis itu meninggal rumah itu dan mencari penduduk yang lain. Kemudian mereka kembali lagi ke rumah makcik kakak tersebut dan masih lagi melihat makcik kakak tersebut yang pada waktu itu masih bayi, masih lagi menyusu dari ibunya walhal ibunya sudah mati dan berlumuran darah.

Sehinggakan badan bayinya turut berlumuran darah. Beliau masih lagi menyusu walaupun ibunya telah kehabisan susu. Aku tak dapat menahan air mata, sebak. Kerana pada waktu sahabatku berceta, aku terbayangkan sekiranya aku yang berada di tempat ibu yang dibunuh itu dan Zahra menjadi bayi itu. Tak dapat ku gambarkan betapa tiba-tiba dendam kesumatku terhadap komunis membuak secara drastik. Sekarang aku faham mengapa sewaktu ditimbulkan isu membawa masuk semula Chin Peng, ramai warga emas negara ini menbangkang sekeras-kerasnya. Walaupun mempelajari subjek Sejarah, namun sesetengah pelajar termasuk diriku sendiri tidak faham apakah yang dilakukan komunis terhadap negara kita. Justeru, perlu diletakkan banyak gambar-gambar yang menunjukkan betapa kejamnya komunis terhadap negara kita di dalam buku Sejarah.

Jangankan aku, alah cuba tanya generasi terbaru negara ini tentang komunis dan apakah jawapan mereka? Sekadar belajar melalui buku sahaja tidak cukup, sepatutnya matapelajaran Sejarah harus dilengkapi dengan video yang boleh ditonton sehingga mencetuskan rasa keazaman untuk membela negara. Sebagai contoh, adakan rentetan video dengan olahan yang menarik seperti yang terdapat di dalam National Geographic Channel dan History Channel. Baru berkesan untuk membentuk satu negara bangsa. Cerita-cerita seperti Bukit Kepung harus dibanyakkan lagi.

Wednesday, August 5, 2009

Update on Zahra

Zahra dah boleh meniarap dan mengesot. She is a very interesting baby. Lagi pun sekarang ni dia dah boleh tiru bunyi-bunyi yang kami buat. Dia dah start makan makanan baby. Besides that, kami bagi rasa pelbagai jenis makanan because my husband told me that if we give her new food then she will develop a new memory of that particular taste because her brain will create a space for he to memorize that taste thus increase her memory. So, enjoy gambar terbaru Zahra.














Sunday, August 2, 2009

Worry..

I'm sooooo worry..